Monday, October 24, 2016

Teknik Jalankan Bisnes Aiskrim Cara Baru

Apa yang anda fikirkan tentang idea jana pendapatan dengan menjalankan bisnes aiskrim? Susah atau senang? Merugikan atau menguntungkan? Malu? Atau apa? Bila bercakap tentang jana income dengan menjual aiskrim, saya pasti rata rata dari kita akan terfikir tentang bawa motosikal untuk menjual aiskrim sambil membunyikan loceng untuk menarik perhatian kanak kanak. Dan dalam masa yang sama terfikir anda akan berasa malu dan tidak berjaya buat untung dengan banyak. Sebenarnya itulah apa yang kebanyakkan dari kita fikirkan tentang idea menjual aiskrim.

Tetapi bila kita lihat lebih jauh, tidakkah kita terfikir yang tauke bisnes aiskrim seperti restauran aiskrim jenama Tutti Frutti contohnya berjaya menjana pendapatan memberangsangkan dengan hanya menjual aiskrim sahaja. Anda pasti akan membantah perbandingan saya ini dengan mengatakan, "mana boleh samakan perniagaan aiskrim besar dengan bisnes menjual aiskrim kecil kecilan?". Ya saya bersetuju dengan anda. Yang saya mahu anda lihat bukan tentang saiz perniagaan itu TETAPI tentang kaedah dan idea bisnes yang mereka jalankan. Anda nampak?

Panduan jana pendapatan dengan bisnes aiskrim secara part time


Ebook Buat Duit Dengan Bisnes Aiskrim


Apa yang mahu saya sampaikan adalah, bila kita suruh anda jana income dengan menjalankan bisnes aiskrim, bukanlah bermaksud anda perlu jual aiskrim dengan menaiki motosikal. Tetapi cuba ubah gaya bisnes aiskrim dahulu kepada idea idea baru seperti menjalankan katering aiskrim misalnya. Dalam sebulan ada beberapa majlis keraian di tempat anda seperti majlis hari jadi, majlis makan makan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Dan semua majlis event tersebut boleh anda sertai dengan memberikan tawaran menjual aiskrim di majlis tersebut.

Siapa yang tidak makan aiskrim? Semua orang sukakan aiskrim. Bayangkan 1 majlis perkahwinan terdapat 1000 orang. Anda kenakan servis katering aiskrim kon misalnya dengan harga RM1. Jadi pemilik majlis akan membayar servis 1000 aiskrim anda kepada tetamu mereka dengan bayaran RM1000. Dan katakan kos dan keuntungan anda adalah sebanyak 50%. Maka untuk 1 majlis pun anda sudah berjaya mendapat untung sebanyak RM500. Bayangkan sebulan anda berjaya sediakan perkhidmatan aiskrim anda untuk beberapa majlis. Lumayan bukan?

Inilah dia cara buat duit dengan aiskrim dengan cara baru. Anda boleh menjual aiskrim anda dalam tempoh yang singkat dan mendapat upah yang lumayan. Malah anda boleh tingkatkan keuntungan bisnes aiskrim anda dengan membuat sendiri dari rumah anda. Sudah tentu kos akan lebih murah lagi dan dalam masa yang sama keuntungan dapat ditingkatkan?

Anda berminat? Jadi macam mana anda boleh belajar berniaga aiskrim dengan idea dan tips tips terbaru dan hebat? Bagaimana dan di mana anda boleh belajar membuat aiskrim sendiri dari rumah? Semua ini boleh anda perolehi dengan mendapatkan Ebook Bisnes Aiskrim ini dengan klik sahaja link di bawah ini. Selamat berniaga aiskrim cara baru..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>>> Dapatkan Ebook Bisnes Aiskrim Di Sini - [ Click Here ] <<<